Soalan-Soalan Lazim (FAQ)
- 1 Apakah itu program UP Network?
UP Network ialah program affiliate multi-tier, di mana ia menawarkan perisian IPTV (Internet Protocol TV) untuk membolehkan anda menonton program-program dari stesen TV tempatan dan antarabangsa melalui komputer anda. - 2 Adakah program ini dalam Bahasa Melayu?
Semua bahasa antaramuka perisian dan laman web adalah 100% dalam Bahasa Melayu, kecuali sesetengah bahagian yang perlu disampaikan secara universal menggunakan Bahasa Inggeris. - 3 Saya dari Negara lain. Bolehkah saya sertai program UP Network?
Ya! UP Network mengalu-alukan keahlian dari seluruh dunia, asalkan anda boleh memahami Bahasa Melayu kerana antaramuka perisian dan laman web kami adalah di dalam Bahasa Melayu. - 4 Adakah terdapat sebarang kos tersembunyi? Bagaimana dengan kos pengurusan?
Tidak ada kos tersembunyi sama sekali. Tiada kos pengurusan dikenakan. Cuma modal permulaan RM 200 sahaja diperlukan kemudian tiada lagi apa-apa caj selepas itu. - 5 Bagaimana dan bila saya akan dibayar?
Pembayaran kepada ahli yang layak menerima komisen dibuat pada setiap minggu. Sekiranya tarikh bayaran jatuh pada hari cuti umum, bayaran akan dibuat pada suatu tarikh yang lebih awal atau selepas dari tarikh cuti tersebut. Kelayakan untuk menerima bayaran komisen diterangkan dengan lebih lanjut di laman ahli. - 6 Bolehkah saya ada lebih dari satu keahlian (akaun)?
Boleh. Anda boleh memiliki seberapa banyak keahlian atau akaun seberapa banyak anda suka tetapi sebenarnya satu sahaja sudah mencukupi. - 7 Bolehkah saya melihat ahli yang saya perkenalkan (downline saya) atau menukar maklumat peribadi saya?
Ya. Anda boleh log masuk ke laman ahli dan menukar butiran diri anda bila-bila masa, kecuali sesetengah butiran yang dianggap sensitif dan boleh menjejaskan operasi UP Network. Anda boleh melihat dan berkomunikasi dengan seluruh rangkaian anda pada bila-bila masa melalui sistem mesej atau email. - 8 Adakah anda menawarkan khidmat sokongan pelanggan?
Ya. Kami ada menawarkan khidmat sokongan pelanggan tanpa had untuk semua ahli selagi permintaan atau isu yang dikemukakan berada di dalam lingkungan kemampuan kami dan berkaitan dengan servis serta produk yang kami tawarkan. - 9 Berapa lama masa diambil untuk mendaftar dan mendapat kebenaran akses ke laman ahli?
Pendaftaran keahlian percuma diproses serta-merta oleh sistem kami. Akses kepada perisian dan komisen akan diterima dalam masa 24 jam selepas kami menerima notifikasi pembayaran anda. - 10 Adakah saya perlukan akaun domain atau web hosting?
Tidak. Laman peribadi anda akan dipaparkan di laman web promosi UP Network, beserta ID affiliate. - 11 Adakah saya sudah boleh mula promosi akaun percuma saya?
Sebaik anda mendaftar akaun percuma, anda sudah boleh mempromosi link yang diberi. Bagaimanapun, komisen akan mula dibayar selepas anda menaiktaraf keahlian anda. - 12 Bolehkah wang saya dikembalikan?
Wang keahlian anda tidak akan dikembalikan. Semua pembayaran adalah muktamad. Sebabnya ialah kerana anda akan mendapat akses serta-merta kepada produk dan bahan-bahan latihan kami sejurus anda membuat pembayaran. Kami tidak boleh mengembalikan wang anda yang telah dibayar kepada ahli yang lain. Kami tidak pernah mengurus atau menyentuh duit-duit tersebut. Ia dibayar secara terus kepada ahli yang lain. - 13 Adakah program ini boleh dipercayai dan akan bertahan lama?
Ini adalah kali pertama sistem seumpama ini dilancarkan di Malaysia. Perisian yang kami cipta dan perkenalkan ini bermutu tinggi dan selaras dengan perkembangan teknologi di Malaysia. Sistem penjanaan pendapatan kami adalah adil dan mudah untuk semua fahami. Potensi pendapatan yang boleh dijana juga amat tinggi. Berdasarkan fakta-fakta ini, kami percaya bahwa sistem ini akan dapat bertahan sampai bila-bila dan boleh diwarisi oleh ahli keluarga anda nanti. - 14 Saya buta IT, bolehkah saya berjaya dalam program ini?
Program ini amat mudah untuk difahami dan dijalankan. Memadai jika anda tahu cara menggunakan keyboard dan mouse. Anda pasti boleh berjaya!

